Malaysia
LRT Kelana Jaya bakal terganggu, kerja ganti landasan bermula 13 September

Kerja penggantian landasan di laluan LRT Kelana Jaya akan bermula 13 September dan dijalankan dalam tujuh fasa sehingga September 2027, menurut Rapid KL.
Bagi fasa pertama pada 13, 20 dan 27 September, stesen Gombak dan Taman Melati hanya akan dibuka pada jam 9.30 pagi berbanding 6 pagi seperti biasa.
Kerja seterusnya akan melibatkan beberapa stesen termasuk Universiti, Kerinchi, Abdullah Hukum, Dato’ Keramat, Jelatek, Setiawangsa, Masjid Jamek dan KLCC.
Penumpang yang terjejas boleh menggunakan perkhidmatan bas percuma yang disediakan untuk menghubungkan stesen terlibat. Rapid KL menasihatkan penumpang menyemak tarikh kerja bagi stesen masing-masing terlebih dahulu.




