Malaysia
Protes kedua #TangkapAzamBaki dijangka Ahad ini di KL

Satu lagi perhimpunan #TangkapAzamBaki dijadual berlangsung pada jam 4 petang Ahad ini di hadapan pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur.
Ia bagi mendesak tindakan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki berhubung kontroversi pegangan sahamnya.
Penganjur turut menuntut peletakan jawatan serta siasatan dan pendakwaan terhadap beliau.
Ini merupakan kali kedua demonstrasi seumpamanya diadakan selepas perhimpunan pada 2022 yang turut berpunca daripada isu pemilikan saham.
Bagaimanapun, Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam memaklumkan pihaknya setakat ini belum menerima sebarang notis berkaitan perhimpunan berkenaan.




