Hiburan
Kaka Azraff tepis spekulasi, hubungan dengan bekas suami masih baik

Penyanyi Kaka Azraff menegaskan perkongsian di media sosial baru-baru ini tiada kaitan dengan bekas suaminya, Adam Azriff.
Menurut Kaka, hantaran itu sekadar perkongsian berdasarkan pengalaman dan kisah kehidupan yang dilihatnya.
Kaka turut menjelaskan hubungan mereka masih baik dan kedua-duanya bekerjasama menjaga tiga anak mereka menerusi kaedah co-parenting.




