Malaysia

Guru tuisyen ditahan, disyaki cabul lima pelajar lelaki

Seorang guru tuisyen ditahan polis kerana disyaki melakukan amang seksual dan persetubuhan luar tabii terhadap lima pelajar lelaki di Kuala Lumpur.

Perbuatan itu dipercayai berlaku di rumah suspek yang turut dijadikan pusat tuisyen.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, polis menerima lima laporan berasingan di Balai Polis Bukit Jalil.

Laporan pertama dibuat pada 6 Oktober, diikuti laporan kedua pada 10 Oktober dan tiga lagi pada 11 Oktober.

Menurut Fadil, polis sudah mengambil keterangan daripada mangsa dan ahli keluarga bagi melengkapkan siasatan.

Pihak sekolah serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) turut memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis.

Suspek kini berada dalam tahanan reman selepas permohonan reman diluluskan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker