Malaysia

JAIS sahkan dua individu ditahan dalam kes khalwat babit figura awam

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan penahanan dua individu bagi membantu siasatan kes khalwat membabitkan seorang figura awam di daerah Petaling, semalam.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, tangkapan dilakukan kira-kira jam 6 petang mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Dalam kenyataan pada Jumaat, JAIS turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menjadikan perkara itu sebagai bahan spekulasi, perdebatan atau fitnah sehingga mengaibkan mana-mana individu.

Sebelum ini, tular di media sosial tangkap layar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan sebuah van JAIS berada di tempat letak kereta sebuah premis.

Hantaran itu mencetuskan persoalan mengenai kehadiran kenderaan penguat kuasa berkenaan, manakala individu yang didakwa memasuki van itu dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan parti politik.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker