Malaysia

MB Perlis Abu Bakar digantung dua penggal, hilang semua jawatan dalam Bersatu

Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah digantung keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selama dua penggal berkuat kuasa 13 Oktober, susulan siasatan dalaman parti.

Pengerusi Bersatu Perlis, Izizam Ibrahim mengesahkan perkara itu hari ini, sambil memaklumkan surat rasmi penggantungan telah diserahkan kepada Abu Bakar minggu lalu. Surat bertarikh 14 Oktober itu ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Manan.

Keputusan itu dibuat selepas Abu Bakar didapati melanggar perlembagaan parti serta Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli. Beliau yang juga Ketua Bahagian Bersatu Kangar turut kehilangan semua jawatan dalam parti dan dilarang mengeluarkan kenyataan bagi pihak Bersatu sepanjang tempoh penggantungan.

Bagaimanapun, Abu Bakar diberi tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan Bersatu. Izizam berkata, pihaknya kini menunggu keputusan rasmi daripada kepimpinan pusat Bersatu serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Perlis.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker