Malaysia

Malaysia raih 32.2 juta pelancong antarabangsa, hasil cecah RM323 bilion

Malaysia merekodkan 32.2 juta ketibaan pelancong antarabangsa bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, meningkat 2.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, sektor pelancongan menjana RM323 bilion hasil serta menyumbang 15.9 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Bagi mengekalkan momentum itu, kerajaan memperuntukkan RM935 juta untuk pelbagai program promosi pelancongan, termasuk kempen Tahun Melawat Malaysia 2026/2027.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dalam perbahasan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker