DuniaMalaysia

Jemaah umrah perlu elak transit di Malaysia dan Singapura – Indonesia

Indonesia menggesa jemaah umrah negara itu supaya memilih penerbangan terus ke Arab Saudi dan mengelakkan transit di Malaysia serta Singapura.

Langkah itu bertujuan mengukuhkan ekonomi negara dan menyokong industri penerbangan tempatan.

Timbalan Menteri Haji dan Umrah Indonesia, Dahnil Anzar Simanjuntak, berkata kira-kira 70,000 jemaah umrah Indonesia menggunakan laluan transit melalui kedua-dua negara itu setiap tahun.

Beliau menyuarakan perkara tersebut ketika bertemu pengendali pelancongan umrah di Jakarta pada Isnin, 26 Oktober.

Menurut Dahnil, jemaah digalakkan menggunakan syarikat penerbangan tempatan seperti Garuda Indonesia dan Lion Air.

Bagaimanapun, kedua-dua syarikat penerbangan itu perlu meningkatkan mutu perkhidmatan serta menawarkan harga tiket yang lebih kompetitif.

Selain faktor ekonomi, penerbangan terus ke Jeddah atau Madinah turut disarankan bagi mengurangkan risiko perjalanan susulan konflik yang semakin memuncak di Timur Tengah.

Namun, pihak berkuasa Indonesia memaklumkan bahawa ibadah umrah di Arab Saudi masih berjalan seperti biasa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker