Malaysia

SPK perlu kuasa sebenar, bukan sekadar nama – Lingeshwaran

Senator Dr. R. A. Lingeshwaran menggesa agar Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan (SPK) diberi kuasa sewajarnya untuk menangani kekurangan petugas, isu jawatan tetap dan kebajikan warga kesihatan.

Beliau mempersoalkan keberkesanan suruhanjaya itu sekiranya kuasa mewujudkan jawatan baharu serta menentukan saraan terus berada di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan.

Menurutnya, SPK perlu mampu membawa perubahan bermakna, bukan sekadar menjadi badan baharu dengan kuasa terbatas.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menjelaskan bahawa bidang kuasa SPK akan merangkumi urusan pelantikan, pengesahan perkhidmatan, kenaikan pangkat, pertukaran dan tatatertib.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker