Malaysia

Polis siasat kecurian kabel di Bulatan Kampung Pandan

Polis menyiasat dakwaan kecurian kabel berhampiran lampu isyarat di Bulatan Kampung Pandan selepas rakaman kejadian itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman berkata, pihaknya sudah membuat laporan polis susulan perkongsian video di Threads yang memaparkan seorang lelaki menarik kabel di kawasan berkenaan.

Perkongsian susulan pengguna sama turut mendakwa kabel di lokasi itu sudah dipotong.

Kes disiasat mengikut Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker