
Seramai 130 rakyat Malaysia ditahan selepas pihak berkuasa Pakistan menyerbu sebuah pusat penipuan dalam talian di Rawalpindi yang dipercayai menyasarkan mangsa di Malaysia.
Sindiket itu didakwa menyamar sebagai pegawai bank dan polis Malaysia untuk menakutkan mangsa sebelum mendesak mereka memindahkan wang.
Wang hasil penipuan dipercayai disalurkan melalui Touch ’n Go eWallet sebelum ditukar kepada mata wang kripto.
Peranan setiap individu yang ditahan masih disiasat, manakala jumlah kerugian mangsa belum didedahkan.




