Malaysia

Beri bantuan kepada pendatang asing tanpa izin, rakyat Malaysia bakal dikenakan tindakan tegas

Tindakan penguatkuasaan tegas akan dikenakan terhadap rakyat Malaysia yang membantu warga asing melakukan kegiatan menyalahi undang-undang di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan turut melibatkan pengusaha perniagaan tanpa lesen atau kebenaran pihak berkuasa tempatan, serta pemilik tanah dan premis yang membenarkan aktiviti berkenaan.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Rabu, 4 November, bagi menjawab soalan Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) mengenai kemasukan etnik Rohingya secara haram ke Langkawi dan usaha membanteras penyeludupan manusia.

Dalam perkembangan sama, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menjalankan 267 operasi di kawasan Bukit Malut sejak 2022.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker