Malaysia
Rumah kedai berusia lebih 100 tahun musnah terbakar

Sebanyak 14 pintu rumah kedai papan berusia lebih 100 tahun musnah dalam kebakaran di Pekan Simpang Bekoh, termasuk enam premis yang masih beroperasi.
Insiden berlaku petang Isnin dan melibatkan deretan bangunan kayu yang menempatkan pelbagai perniagaan seperti kedai makan, aksesori telefon, runcit dan motosikal.
Pasukan bomba dari Balai Jasin dan Jasin Bestari segera menjalankan operasi pemadaman menggunakan empat aliran hos, dengan bantuan lori tangki dari Ayer Keroh dan Bukit Gambir.
Kebakaran memusnahkan hampir keseluruhan struktur, dan operasi berdepan cabaran akibat tekanan air yang rendah. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.




