Dunia

Pertemuan Trump–Putin di Alaska ‘produktif’, tiada persetujuan dicapai

Pertemuan bersejarah antara Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Presiden Rusia, Vladimir Putin di Alaska berakhir tanpa sebarang persetujuan gencatan senjata di Ukraine.

Walaupun disambut meriah dengan protokol rasmi ketika tiba, rundingan yang dinanti-nantikan itu gagal mencapai matlamat utama iaitu menamatkan konflik Rusia–Ukraine.

Pertemuan empat mata yang berlangsung selama tiga jam itu hanya mengeluarkan kenyataan bersama yang bersifat umum sebelum meninggalkan lokasi mesyuarat tanpa menjawab pertanyaan media.

Namun, Putin menegaskan Rusia kekal dengan komitmen untuk mencari jalan damai, namun menekankan punca utama konflik perlu ditangani jika mahu perjanjian yang berkekalan.

Beliau memberi amaran kepada Ukraine dan sekutu Eropah agar tidak melakukan tindakan yang boleh menggagalkan sebarang kemajuan awal.

Trump pula menggambarkan mesyuarat itu sebagai produktif dengan beberapa perkara dicapai, tetapi mengakui masih terdapat isu besar yang belum selesai.

Beliau memaklumkan akan menghubungi NATO dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, bagi membincangkan langkah seterusnya selepas kegagalan mencapai persetujuan bersama Putin.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker