Malaysia

Kampong Bharu simbol kebangkitan Melayu sejak 1900 – Sultan Selangor

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah sebarang usaha pembangunan semula Kampung Baru di Kuala Lumpur perlu ditangani secara teliti dengan mengutamakan kepentingan orang Melayu.

Menerusi kenyataan rasmi, baginda bertitah tidak menolak pembangunan selaras dengan arus moden, namun menekankan syarat-syaratnya harus jelas dan berpihak kepada masyarakat Melayu.

Kampung Baru yang diwujudkan sejak 1899 sebagai penempatan rizab Melayu dianggap simbol penting sejarah, warisan dan kebangkitan orang Melayu di ibu negara.

Ia turut menjadi lokasi peristiwa bersejarah termasuk Kongres Melayu Se-Malaya 1946 yang membawa kepada penubuhan UMNO, serta berperanan sebagai pusat perlindungan ketika tragedi 13 Mei 1969.

Menurut baginda Kampung Baru telah ditubuhkan pada 1899 dan diiktiraf sebagai penempatan masyarakat Melayu untuk tujuan pertanian, hasil kurniaan nenda baginda, Sultan Selangor kelima, Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 12 Januari 1900.

Titah baginda, sesungguhnya, Kampong Bharu adalah simbol kebangkitan orang Melayu sejak tahun 1900.

Baginda mengingatkan bahawa maruah serta kelangsungan masyarakat Melayu perlu menjadi pertimbangan utama dalam setiap keputusan pembangunan, bukan sahaja untuk masa kini tetapi juga jangka panjang.

Terdahulu, Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan bahawa Tanah di Kampung Sungai Baru adalah hak orang Melayu yang mana ia dikurniakan oleh Sultan Selangor pada zaman British.

Namun, katanya, kesilapan berlaku antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang mana tanah berkenaan tidak digazetkan ketika itu, sehingga berlakunya pertukaran pemilik dan diberikan kepada Malay Agricultural Settlement (MAS).

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker