Nga Kor Ming pertikai negeri pembangkang tolak Akta PSB walhal mereka mencadang

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mempersoalkan tindakan beberapa negeri pembangkang menolak Akta Pembaharuan Bandar, sedangkan sebelum ini mereka sendiri pernah mencadangkan kawasan untuk tujuan itu.
Beliau menegaskan terdapat kawasan yang sudah diwartakan lebih 10 tahun lalu, tetapi tiada tindakan diambil kerana kelemahan undang-undang atau ketiadaan kemahuan politik.
Beliau mendedahkan sebanyak 534 kawasan pembaharuan bandar telah dicadangkan dan diwartakan oleh kerajaan negeri di seluruh negara, termasuk di empat negeri diterajui pembangkang iaitu Kedah, Terengganu, Kelantan dan Perlis.
Di Terengganu sahaja mempunyai 55 kawasan yang diwartakan, Kedah ada 22 kawasan, manakala empat kawasan di Kelantan dicadangkan oleh kerajaan terdahulu.
Beliau menambah, kerajaan Persekutuan akan meneruskan Akta Pembaharuan Bandar jika diputuskan Kabinet kerana ia penting bagi memastikan bangunan usang dapat diganti sebelum menjadi berisiko kepada penduduk.




