Malaysia

Aerotrain KLIA dihenti sementara bagi pemeriksaan menyeluruh

Perkhidmatan Aerotrain di KLIA akan dihentikan sementara setiap hari dari 9 malam hingga 7 pagi bermula esok bagi membolehkan Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) menjalankan pemeriksaan menyeluruh sistem tersebut.

Pengarah Urusan MAHB, Datuk Mohd. Izani Ghani, berkata pelan tiga fasa itu dirangka untuk menangani punca gangguan Aerotrain secara sistematik.

Sepanjang penutupan malam, perkhidmatan bas penuh akan disediakan antara terminal utama dan bangunan satelit, manakala lebih banyak penerbangan akan dialihkan ke terminal utama untuk mengurangkan pertukaran terminal.

Fasa pertama memberi tumpuan membetulkan ketidaksempurnaan sistem dan menaik taraf perisian, diikuti fasa kedua yang melibatkan proses validasi termasuk ujian simulasi serta pelarasan teknikal.

Fasa terakhir akan membabitkan operasi percubaan yang dipantau sebelum Aerotrain kembali beroperasi sepenuhnya.

Sejak kembali digunakan 1 Julai lalu, Aerotrain telah membawa kira-kira tujuh juta penumpang dengan lebih 53,000 perjalanan dan merekodkan 98.41% ketersediaan operasi.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker