Malaysia

Amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor sehingga Isnin

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan melibatkan beberapa negeri di Pantai Timur dan selatan Semenanjung hingga Isnin, 29 Disember 2025.

Amaran tahap bahaya membabitkan Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Puteh) dan Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang) susulan jangkaan hujan sangat lebat berterusan.

Amaran tahap buruk dikeluarkan bagi Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai), Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun, Kemaman) serta Pahang (Kuantan, Pekan, Rompin).

Bagi tahap waspada, kawasan terlibat ialah Kelantan (Gua Musang), Pahang (Jerantut, Maran, Bera) dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi).

Orang ramai dinasihatkan berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa serta bersedia menghadapi risiko banjir dan gangguan perjalanan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker