Malaysia

BN, PH sertai kabinet Hajiji, pemuda GRS bantah kerana seperti tidak serik

Pentadbiran Datuk Seri Hajiji Noor mengesahkan pembentukan kerajaan negeri baharu melalui kerjasama rasmi antara GRS, BN dan PH, selaras dengan gabungan mereka di peringkat Persekutuan.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Ketua Menteri I, Dr Joachim Gunsalam, yang memaklumkan bahawa kerjasama tersebut meneruskan kesinambungan hubungan antara GRS dan PH yang telah wujud dalam penggal lalu.

Di sebalik pembentukan gabungan baharu itu, Pemuda GRS menyuarakan bantahan terhadap kehadiran BN dalam kerajaan negeri.

Mereka menegaskan bahawa GRS Plus sudah memiliki majoriti yang kukuh melalui gabungan GRS, wakil Bebas, UPKO, STAR serta penyertaan satu kerusi masing-masing daripada PH dan KDM.

Menurut sayap pemuda itu, keputusan rakyat pada pilihan raya lalu jelas menunjukkan penolakan terhadap BN, justeru sebarang percubaan membawa masuk parti tersebut dianggap bercanggah dengan mandat rakyat.

Mereka turut mengingatkan bahawa episod ketidaktentuan politik pada 2023, yang dikaitkan dengan gerakan BN ketika itu, tidak wajar diulangi memandangkan parti berkenaan sebelum ini pernah mengambil pendirian menolak kerjasama dan menyerang kepimpinan GRS secara terbuka.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker