
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tersenarai di tangga ke-10 dalam The World’s 500 Most Influential Muslims 2026, naik lima anak tangga berbanding tahun lalu.
Anwar diiktiraf atas perjalanan panjangnya dalam politik, dari aktivis mahasiswa hingga menjadi Perdana Menteri ke-10 Malaysia.
Laporan itu turut menonjolkan peranannya sebagai pendamai serantau, termasuk usaha meredakan ketegangan antara Thailand dan Kemboja.
Selain itu, ketegasan beliau membela nasib rakyat Palestin dan mengkritik kekejaman rejim Zionis turut mempengaruhi kedudukannya di tempat 10 teratas.
Edisi terbitan Pusat Kajian Strategik Diraja Islam (RISSC), Jordan itu meletakkan Amir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani di tempat pertama dalam senarai tokoh Islam paling berpengaruh dunia.




