Malaysia

Banjir masih tiada kesudahan, sultan Selangor zahir dukacita

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, meluahkan rasa dukacita terhadap masalah banjir yang masih berulang di negeri Selangor walaupun pelbagai usaha dan peruntukan telah diberikan sebelum ini.

Menurut kenyataan itu, baginda turut menegaskan bahawa kejadian banjir yang kerap berlaku di beberapa kawasan seperti Klang dan Shah Alam telah memberi kesan besar kepada penduduk.

Baginda turut mendedahkan bahawa kerugian akibat banjir di Selangor tahun lalu mencecah RM52.9 juta, meningkat lebih dua kali ganda berbanding RM22.6 juta yang direkodkan pada tahun 2024.

Dalam kenyataan itu juga, baginda menegaskan bahawa isu banjir tidak seharusnya terus berulang setiap tahun dan meminta agar satu penyelesaian menyeluruh segera dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat Selangor.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker