Malaysia

Bantuan RM100 ringankan beban cuma sementara – CAKE

Langkah kerajaan memberikan bantuan tunai RM100 kepada setiap individu disambut baik kerana dilihat mampu meringankan tekanan kos sara hidup rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah.

Menurut Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohd Yusrizal Yusof, bantuan secara individu ini memberikan impak yang lebih luas berbanding pengagihan mengikut isi rumah.

Walaupun pengguna hanya boleh membelanjakan bantuan itu untuk barangan tertentu di kedai terpilih, pendekatan bersasar ini dianggap sebagai kawalan wajar oleh kerajaan dalam memastikan keperluan asas rakyat terus terjamin.

Namun, isu kos sara hidup masih menjadi cabaran utama apabila purata perbelanjaan isi rumah untuk makanan sahaja kini dikatakan mencecah 60 peratus daripada pendapatan bulanan.

Ramai rakyat terpaksa menambah pendapatan dengan melakukan dua atau tiga pekerjaan.

Dalam pada itu, pengumuman penurunan harga RON95 sebanyak 6 sen kepada RM1.99 seliter turut disambut baik kerana memberi kelegaan kepada pengguna dan pemain industri pengangkutan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker