Malaysia
Bencana Aceh: Warga emas hilang, kini selamat pulang ke Malaysia – Wisma Putra

Kementerian Luar mengesahkan seorang wanita warga emas Malaysia yang sebelum ini dilaporkan hilang akibat banjir besar di Aceh kini selamat dan telah kembali ke Malaysia semalam, berdasarkan makluman keluarganya.
Beliau sebelum ini gagal dihubungi bersama seorang lagi rakyat Malaysia, Asrul Nizam Apridwson, 30, yang masih hilang susulan kejadian tanah runtuh pada 27 November.
Operasi mencari dan menyelamat bagi Asrul Nizam di Padang Panjang kini memasuki hari ke-15.
Setakat ini, tiada laporan tambahan mengenai rakyat Malaysia yang hilang atau terjejas.
Wisma Putra turut menasihatkan rakyat Malaysia di Sumatera Utara, Sumatera Barat dan Aceh supaya berwaspada, mengikuti perkembangan cuaca dan mematuhi arahan pihak berkuasa Indonesia.




