Malaysia
Boleh ‘carry forward’ kuota RON95? Guna MyKad orang lain? Ini perkara penting rakyat perlu tahu!

Bermula Khamis, 25 September 2025, semua warganegara Malaysia boleh menyemak kelayakan mereka untuk menikmati harga petrol RON95 bersubsidi RM1.99 seliter di bawah program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) melalui portal rasmi www.budimadani.gov.my.
Program baharu ini dilaksanakan bagi memastikan subsidi petrol benar-benar sampai kepada rakyat Malaysia yang layak.
Berikut adalah enam perkara penting yang perlu anda fahami tentang mekanisme program ini.
- Kelayakan Individu dan Had 300 Liter
Setiap warganegara Malaysia yang memiliki Lesen Memandu AKTIF untuk kereta atau motosikal layak menyertai program ini. Setiap individu diberikan elaun sebanyak 300 liter petrol RON95 pada harga subsidi RM1.99 sebulan.
- Dilarang Gunakan MyKad Orang Lain
Setiap pembelian mesti dibuat menggunakan MyKad sendiri. Anda tidak dibenarkan menggunakan MyKad orang lain atau meminjamkan MyKad anda untuk membeli petrol bersubsidi. Tindakan ini adalah suatu kesalahan di bawah Akta Pendaftaran Negara.
- Baki Tidak Boleh Dibawa ke Bulan Seterusnya
Perkara penting yang perlu diingat ialah baki kelayakan yang tidak digunakan dalam sesuatu bulan akan luput dan tidak boleh dibawa ke bulan hadapan. Siling 300 liter ini akan ditetapkan semula (reset) secara automatik pada setiap awal bulan. Ini bermakna, adalah lebih baik untuk merancang penggunaan minyak anda supaya tidak membazirkan baki kelayakan yang diberikan.
- Cara Pembelian Mudah Hanya Perlukan MyKad
Apabila mengisi minyak, anda hanya perlu mengimbas MyKad di terminal pembayaran atau kaunter stesen minyak untuk pengesahan kelayakan. Selepas itu, pembayaran boleh diteruskan seperti biasa sama ada dengan tunai, kad, atau e-wallet. Anda tidak perlu menunjukkan lesen memandu fizikal.
5. Tiada Had Beli Sekali Sehari
Kerajaan menegaskan tiada had pembelian sekali sehari. Anda bebas untuk mengisi minyak mengikut keperluan sepanjang bulan, asalkan tidak melebihi had 300 liter yang ditetapkan.


