Malaysia

Bukan senang buang penjawat awam bermasalah – Shuhaily

Proses membuang penjawat awam bermasalah, termasuk penguat kuasa yang terbabit isu integriti, bukan sesuatu yang mudah dan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya.

Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, menjelaskan tindakan tatatertib seperti pembuangan kerja tertakluk kepada peruntukan Perkara 132 hingga 135 Perlembagaan Persekutuan serta prosedur di bawah Perintah Am.

Beliau berkata walaupun beberapa tangkapan melibatkan pegawai AKPS dan agensi teras lain telah dibuat atas kes disyaki rasuah dan salah guna kuasa, keputusan menamatkan perkhidmatan memerlukan proses wajar serta kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Bagi menangani isu integriti, AKPS menubuhkan pasukan khas untuk meneliti aduan awam dan mengesahkan maklumat sebelum tindakan penguatkuasaan diambil, termasuk operasi tangkapan.

Mohd Shuhaily menegaskan integriti kekal keutamaan AKPS, dengan tindakan tegas menanti pegawai yang gagal mematuhi peraturan atau tidak dapat menjelaskan sumber kekayaan mencurigakan.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker