Malaysia

Cuaca panas, kering sehingga 31 Januari – MetMalaysia

Cuaca panas dan kering dijangka berterusan di kebanyakan kawasan Semenanjung, terutama negeri utara, hingga 31 Januari dengan suhu maksimum boleh mencecah 34 darjah Celsius.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, jangkaan itu dibuat berdasarkan penelitian terhadap beberapa model ramalan cuaca yang sedang digunakan oleh pihaknya.

Dalam tempoh sama, sistem penumpuan angin diramal terbentuk di Sabah, Labuan dan Sarawak antara 29 hingga 31 Januari, berpotensi menyebabkan ribut petir serta hujan lebat berpanjangan.

Orang ramai disaran mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui saluran rasmi METMalaysia dan aplikasi myCuaca.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker