Malaysia

Dipenjara 15 tahun dan denda RM11.38 bilion, surat Najib jadi perhatian

Surat terbuka Datuk Seri Najib Razak kepada rakyat Malaysia selepas dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.38 bilion berkaitan kes 1MDB menjadi perhatian ramai.

Dalam kenyataan tersebut, Najib menyatakan kesediaan meneruskan perjuangan berlandaskan prinsip dan hak yang diperuntukkan undang-undang, bukan atas dasar dendam.

Beliau menegaskan usaha itu bertujuan menegakkan keadilan, mempertahankan Perlembagaan serta kedaulatan undang-undang, dan akan diteruskan melalui saluran sah dengan penuh kesabaran.

Najib turut menggesa rakyat kekal tenang, rasional dan berhemah, serta menolak sebarang provokasi yang boleh menjejaskan keharmonian awam.

Pada Jumaat, Najib disabitkan bersalah atas 25 pertuduhan melibatkan dana 1MDB, merangkumi empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.3 bilion.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker