Malaysia
Hanya 28 peratus CCTV berfungsi, KPM tambah 300 unit di sekolah terpilih

Hanya 28 peratus kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah seluruh negara didapati berfungsi, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap aspek keselamatan pelajar.
Bagi menangani isu itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan kementeriannya sedang menambah 300 unit CCTV di sekolah terpilih serta memperkemas sistem penyelenggaraan bagi memastikan peralatan keselamatan sentiasa berfungsi.
KPM turut mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan pihak sekolah memberi keutamaan kepada pemantauan dan penyelenggaraan CCTV, selain meneruskan kerjasama dengan PIBG, pihak swasta dan komuniti setempat bagi memperkukuh keselamatan sekolah.




