Malaysia

MCMC siasat 17 individu sebar maklumat palsu harga minyak, tarif elektrik

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyiasat 17 individu yang dipercayai terlibat dalam penyebaran maklumat palsu berkaitan kenaikan harga bahan api dan tarif elektrik.

Maklumat tidak sahih tersebut dilaporkan tular di media sosial dan mencetuskan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.

Setakat ini, lapan individu telah dirakam percakapan. Daripada jumlah itu, lima kes melibatkan penyebaran maklumat palsu berkaitan harga bahan api.

Tiga suspek telah dipanggil sebelum ini, manakala dua lagi telah selesai dirakam percakapan semalam.

Selain itu, tiga kes lagi melibatkan dakwaan palsu mengenai tarif baharu elektrik.

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker