Malaysia
Pembaharuan pasport 10 tahun kini tersedia dalam talian

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kini menyediakan pilihan pembaharuan pasport bagi tempoh lima atau 10 tahun menerusi sistem MyOnline Passport.
Pasport 10 tahun dikenakan bayaran RM350, manakala pasport lima tahun kekal RM200. Sebelum ini, permohonan pasport 10 tahun hanya boleh dibuat secara bersemuka di pejabat imigresen.
Kemudahan ini memberi lebih banyak pilihan kepada rakyat Malaysia untuk memperbaharui pasport mereka.
Bagaimanapun, sesetengah syarikat penerbangan dilaporkan menghadapi masalah membaca pasport yang tempoh sahnya melebihi 10 tahun.
Susulan itu, JIM menetapkan tempoh sah pasport baharu tidak boleh melebihi 10 tahun, tanpa mengambil kira baki tempoh sah pasport lama.




