Malaysia
Insiden pesawat pejuang TUDM: PM arah siasatan menyeluruh, zahir simpati

Perdana Menteri, menzahirkan simpati terhadap juruterbang dan pembantu juruterbang TUDM yang terlibat dalam insiden kemalangan di landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, malam Khamis.
Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kejadian serta memastikan langkah keselamatan dipertingkatkan.
Kejadian yang berlaku pada jam 9.05 malam membabitkan sebuah pesawat tempur F/A-18D Hornet milik TUDM.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman mengesahkan kedua-dua juruterbang dan pembantu juruterbang terbabit selamat serta dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk pemeriksaan lanjut.



