Malaysia

Isu tarif timbal balik: MITI akan perincikan laporan Jumaat ini

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) akan membentangkan laporan terperinci berhubung tarif timbal balik Amerika Syarikat kepada Jemaah Menteri pada Jumaat ini sebelum kerajaan memutuskan tindakan susulan.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan kini menyelaras pendirian dengan Washington dan negara ASEAN lain susulan keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat yang membatalkan tarif import.

Trump kemudian mengumumkan tarif seragam 10 peratus ke atas semua import menggunakan kuasa berasingan.

Malaysia sebelum ini menandatangani perjanjian perdagangan timbal balik dengan AS ketika Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur, namun belum meratifikasinya.

Perjanjian itu mengekalkan tarif 19 peratus ke atas barangan Malaysia dengan beberapa produk menikmati tarif sifar.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker