JAIM pecah imam didakwa tonton video lucah, tukang rakam masih belum dikesan

Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menamatkan perkhidmatan setiausaha sebuah masjid di Bukit Baru susulan kontroversi video lucah tular.
Keputusan dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus Masjid (JKTU), dan individu berkenaan turut mengemukakan surat peletakan jawatan yang telah diterima.
Penamatan itu meliputi jawatannya sebagai setiausaha masjid serta pengerusi sebuah surau kampung di Paya Ikan, kedua-duanya di bawah lantikan JAIM.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman yang juga ADUN Ayer Molek, memaklumkan status imam tiga atau imam rawatib yang terlibat dalam rakaman video berkenaan diserahkan kepada jawatankuasa masjid kerana pelantikannya bukan di bawah JAIM dan elaunnya dibayar pihak masjid.
Setakat ini, pihak berkuasa agama negeri masih belum mengenal pasti individu yang menyebarkan rakaman tersebut.
Video berdurasi hampir dua minit itu memaparkan seorang lelaki dipercayai berada dalam pejabat masjid menonton kandungan lucah sebelum disedari individu lain yang merakam kejadian berkenaan.




