Malaysia

Kes gaduh di kedai makan di JB, polis mulakan siasatan

Polis Johor Bahru Selatan memulakan siasatan kes pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki dengan dua individu di sebuah kedai makan di Permas Jaya, semalam.

Setakat ini, satu laporan polis diterima daripada salah seorang mangsa pada jam 9.12 malam, manakala tiada laporan lain dibuat termasuk oleh pemilik kedai atau seorang lagi mangsa.

Siasatan dijalankan susulan tular video memaparkan dua lelaki diserang sekumpulan individu berpakaian gelap di kedai makan berkenaan.

Insiden itu dipercayai melibatkan lebih 20 lelaki dan berlaku dalam tempoh singkat sebelum kumpulan terbabit beredar.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker