Malaysia

Kes tikam pelajar: Semua berbalik kepada pengaruh telefon pintar, media sosial – PM

Kerajaan akan mengambil langkah tegas bagi menangani isu keselamatan di sekolah susulan kes tikaman pelajar perempuan berusia 16 tahun oleh rakan sekolah lelaki berumur 14 tahun di Bandar Utama semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tumpuan turut diberikan kepada pengaruh telefon pintar dan media sosial yang dilihat menjadi penyumbang utama kepada masalah disiplin pelajar.

Beliau akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat Jemaah Menteri dalam masa terdekat, termasuk cadangan memperketat pemantauan penggunaan telefon pintar dalam kalangan pelajar.

Anwar turut menekankan peranan sekolah dan keluarga dalam memantau tingkah laku anak-anak bagi mengelakkan pengaruh negatif di alam maya.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker