Kontroversi penganjur WWC: KBS tidak perlu anak kecil untuk minta maaf

Penganjur Warzone World Championship (WWC) sekali lagi mencetus kontroversi selepas menggunakan seorang kanak-kanak bagi mengemukakan permohonan maaf berhubung penganjuran kejohanan tersebut.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, tindakan itu nyata itu tidak wajar dan menimbulkan persoalan tentang kebertanggungjawaban penganjur.
Ini kerana memandangkan acara tersebut dijalankan tanpa kelulusan rasmi daripada Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576].
Terdahulu, tular satu video di media sosial yang memaparkan aksi kanak-kanak bertindak agresif ketika sesi face-off dan ia menimbulkan reaksi tidak senang daripada orang awam.
Pihak penganjur kemudiannya dilihat memuat naik video permohonan maaf salah seorang peserta kanak-kanak bernama Al-Fateh atas aksi agresif tersebut.
Al-Fateh dalam video tersebut berkata ia merupakan pertama kali dirinya menyertai sidang akhbar besar-besaran sekali gus mengakui tidak dapat mengawal emosinya.




