Malaysia
Kucing pun tak ‘lalu’ tengok tatu, netizen bersimpati dengan Iman Kamil

Pempengaruh Iman Kamil sekali lagi tular apabila memaparkan reaksi kucingnya terhadap tatu di lengannya.
Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi, termasuk kritikan yang menganggap ia seolah-olah menormalisasikan tatu.
Dalam masa sama, Iman mengesahkan video tersebut adalah rakaman sebenar dan mengakui sedang berdepan tekanan emosi susulan spekulasi di media sosial.
Iman sebelum ini mengundang perhatian ramai selepas dia memuat naik video pengakuan sudah mencacah tatu pada lengan kirinya.
Menerusi hantaran di Instagram, dia berkata ia bukanlah tatu palsu, sebaliknya dicacah berdasarkan apa yang dilalui dalam kehidupannya yang kini berdepan tekanan.




