Uncategorized

Lebih 53,000 pasangan Islam bercerai, kursus pascaperkahwinan cadang diwajibkan

Sejumlah 53,245 pasangan Islam di seluruh negara disahkan bercerai setakat September tahun ini, menurut statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).

Selangor mencatat jumlah tertinggi dengan 10,774 kes, diikuti Johor (6,078), Kedah (4,582), Perak (3,908) dan Kelantan (3,820).

Ketua Pengarah JKSM merangkap Ketua Hakim Syarie, Datuk Mohd Amran Mat Zain, berkata jumlah itu meliputi pelbagai jenis perceraian termasuk lafaz cerai di hadapan hakim, pengesahan lafaz di luar mahkamah, tuntutan fasakh, taklik dan tebus talak.

Beliau menjelaskan antara lima punca utama perceraian ialah kegagalan menunaikan tanggungjawab rumah tangga, masalah kewangan, kecurangan, sikap kasar serta pembabitan dalam jenayah seperti penyalahgunaan dadah.

Bagi mengekang peningkatan kes, beliau mencadangkan kursus pascaperkahwinan diwajibkan kepada pasangan, terutama dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun pertama, merangkumi pengurusan rumah tangga, keibubapaan dan komunikasi suami isteri.

JKSM turut memperkukuh peranan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) bagi memberi khidmat nasihat, bantuan undang-undang serta pendidikan hak keluarga kepada pasangan dan masyarakat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker