Malaysia

Lebih 620,000 penempatan pekerjaan direkod dengan MYFutureJobs – Ramanan

Lebih 620,000 penempatan pekerjaan berjaya direkodkan melalui portal MYFutureJobs dari 2023 hingga 19 Disember lalu, mencerminkan ketahanan ekonomi Malaysia di bawah pentadbiran Kerajaan Madani walaupun berdepan ketidaktentuan global.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata pencapaian itu selari dengan penilaian positif Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) terhadap prestasi ekonomi negara.

Ia sekali gus menunjukkan kekuatan asas domestik serta keberkesanan dasar fiskal dan ekonomi kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, ketahanan ekonomi ini didorong oleh permintaan domestik yang kukuh, pelaburan berterusan dan pertumbuhan guna tenaga yang stabil, meskipun wujud cabaran perdagangan global dan ketidaktentuan dasar antarabangsa.

Beliau menegaskan tumpuan kerajaan adalah memastikan pertumbuhan ekonomi diterjemahkan kepada manfaat langsung kepada rakyat, khususnya melalui peluang pekerjaan berkualiti, gaji yang adil serta pemerkasaan tenaga kerja tempatan dengan kemahiran relevan.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker