Malaysia

Lelaki hanya sempat sarung baju kelawar ‘Doraemon’ ketika diserbu berkhalwat di Kulim

Seorang lelaki berusia 23 tahun hanya sempat menyarung baju tidur bergambar kartun Doraemon ketika diserbu penguat kuasa agama pada Khamis.

Dia ditahan berkhalwat bersama teman wanitanya berusia 16 tahun di sebuah bilik sewa di Kulim yang mana remaja perempuan itu memakai baju kelawar ketika pemeriksaan.

Pasangan terbabit mengaku bukan suami isteri dan dikatakan menumpang tidur selepas lelaki itu menghantar teman wanitanya pulang dari kerja.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 25(a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014.

Adik lelaki remaja perempuan juga berada di bilik sewa berasingan dalam premis sama semasa serbuan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker