Malaysia

Misi GSF: Nafas lega, sebak selubungi KLIA dengan ketibaan 23 aktivis

Seramai 23 sukarelawan Malaysia yang ditahan tentera Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza selamat tiba di tanah air malam tadi selepas lebih seminggu ditahan.

Kumpulan itu berlepas dari Istanbul, Turkiye pada Isnin malam dan transit di Dubai sebelum mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada 10.07 malam dengan penerbangan Emirates EK342.

Ketibaan mereka disambut Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, wakil NGO serta ratusan penyokong Palestin yang mengibarkan bendera Palestin dan melaungkan “Free Palestine”.

Kepulangan itu menamatkan detik mencemaskan selepas kapal disertai mereka dipintas tentera Israel di perairan Laut Mediterranean pada 2 Oktober lalu dan dibawa ke Pelabuhan Ashdod sebelum dibebaskan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker