Malaysia

Nahas motosikal bertembung kereta, dua remaja maut di Kampung Gajah

Dua remaja maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Kampung Teluk Sareh, dekat Kampung Gajah, awal pagi tadi.

Mangsa, Siti Qazrina Abdul Rahman, 19, dan Adam Danial Abdul Rahman, 18, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kemalangan membabitkan sebuah Toyota Yaris dan motosikal Yamaha Y15. Kereta terbabit ditemukan dalam parit bersama seorang mangsa, manakala penunggang dan pembonceng motosikal turut ditemukan dalam parit.

Pemandu kereta yang cedera parah dibawa ke Hospital Seri Iskandar untuk rawatan. Bomba menggunakan kaedah SAVER untuk mengangkat ketiga-tiga mangsa sebelum operasi tamat pada 6.54 pagi. Kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker