Malaysia

Najib mungkin dibebaskan lebih awal daripada 2028 – Shafee

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkemungkinan dibebaskan lebih awal daripada tahun 2028 walaupun sedang menjalani hukuman penjara enam tahun susulan sabitan kes SRC berjumlah RM42 juta.

Peguam utama pembelaannya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan bahawa tarikh pembebasan yang disebut sebelum ini belum mengambil kira remisi pengurangan hukuman satu pertiga yang lazimnya diberikan kepada banduan berkelakuan baik.

Terdahulu hari ini, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib untuk menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah, sekali gus mengekalkannya di Penjara Kajang.

Sementara itu, pada Jumaat ini, Najib dijadualkan mengetahui keputusan sama ada beliau bersalah atau tidak dalam satu lagi perbicaraan berasingan membabitkan lebih RM2 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Sekiranya disabitkan bersalah terhadap 25 pertuduhan dalam kes 1MDB itu, Najib berdepan hukuman penjara tambahan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker