Namewee ada hubungan ‘lain’ dengan Hsieh – Polis

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus mengesahkan penyanyi rap, Namewee, mempunyai hubungan istimewa dengan mendiang personaliti media sosial Taiwan, Hsieh Yun Hsi, yang ditemui mati di sebuah hotel di ibu negara pada 22 Oktober lalu.
“Dia (Namewee dipercayai mempunyai) hubungan istimewa dengan mangsa… (namun) siasatan lanjut masih diteruskan dan kita sudah merakamkan keterangan (bagi membantu siasatan),” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri sambutan Deepavali di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Selasa.
Namewee sebelum ini ditahan atas kesalahan berkaitan dadah dan didakwa di Mahkamah Jalan Duta pada 24 Oktober sebelum dibebaskan.
Tempoh reman Namewee dilanjutkan sehingga 13 November bagi membolehkan siasatan diteruskan, termasuk menunggu laporan penuh bedah siasat dan analisis psikologi bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.



