Malaysia
Pekerja disimbah kopi tidak dipecat – Zus Coffee

Zus Coffee meminta orang ramai memberi ruang sementara siasatan dijalankan berhubung insiden pekerjanya disimbah kopi oleh seorang pelanggan.
Syarikat itu menjelaskan pekerja terlibat kini sedang berehat dan khabar angin kononnya individu tersebut dipecat adalah tidak benar.
Dalam kenyataan itu, Zus Coffee menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang perlakuan biadab terhadap kakitangan dan kekal komited mewujudkan persekitaran kerja yang selamat.
Syarikat itu turut menjelaskan bahawa video insiden berkenaan tidak disiarkan semula bagi mengelak penyebaran maklumat palsu, sambil menegaskan siasatan dalaman sedang dijalankan dan pekerja terlibat terus mendapat sokongan penuh daripada syarikat.




