Malaysia

Pemandu Honda Jazz rempuh Viva sah pesakit mental sejak 2024

Pemandu Honda Jazz yang terlibat dalam kemalangan maut membabitkan penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) disahkan mempunyai rekod rawatan psikiatri di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor memaklumkan lelaki tempatan berusia 32 tahun itu menghidap Major Depressive Disorder (MDD) dan menerima rawatan sejak Januari tahun lalu.

Suspek kini masih dirawat di HSNZ akibat kecederaan patah tangan kanan serta luka ringan di badan.

Siasatan mendapati Honda Jazz yang dipandu adalah milik adiknya dan bukan kenderaan curi seperti yang tular di media sosial.

Sebelum kemalangan, lelaki berkenaan dilaporkan menceroboh sebuah Honda City yang diparkir di perkarangan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan mencuri beberapa barangan termasuk wang tunai RM200, sebelum memecut dan terlibat dalam kemalangan di Jalan Kemajuan.

Polis meminta orang ramai menghentikan spekulasi serta penyebaran maklumat tidak sahih berhubung kejadian itu. Suspek akan ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker