Malaysia

Pengetua maut ditembak pelajar sekolah di Hat Yai

Seorang pengetua wanita maut selepas ditembak oleh pelajarnya sendiri dalam kejadian di sebuah sekolah di daerah Hat Yai, Songkhla, selatan Thailand.

Dalam insiden pada Rabu itu, suspek berusia 17 tahun dipercayai menggunakan pistol yang dicuri daripada seorang anggota polis sebelum melepaskan tembakan di Sekolah Patongprathankiriwat.

Mangsa, Sasiphat Sinsamosorn yang juga pengetua sekolah berkenaan, parah dan dikejarkan ke unit rawatan rapi untuk menjalani pembedahan, namun meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi akibat kecederaan organ dalaman serta kehilangan darah yang banyak.

Seorang pelajar perempuan turut terkena tembakan, namun keadaan mangsa belum didedahkan pihak berkuasa.

Difahamkan remaja itu mempunyai sejarah penyalahgunaan dadah dan pernah menerima rawatan psikiatri sebelum dibenarkan keluar hospital pada Disember lalu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker