Malaysia
Perginya Bung Moktar pada hari yang mulia

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin meninggal dunia pada jam 1.46 pagi di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.
Ahli Parlimen Kinabatangan itu sebelum ini dimasukkan ke hospital akibat kegagalan buah pinggang.
Sejak petang semalam, keluarga, rakan kenalan serta pemimpin politik berkumpul di hospital untuk mengikuti perkembangan kesihatannya.
Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman turut menziarahi beliau pada malam sebelum pemergiannya.
Bung Moktar baru sahaja mempertahankan kerusi DUN Lamag pada PRU Sabah Ke-17 yang tamat Sabtu lalu.
Pemergiannya meninggalkan kehilangan besar dalam landskap politik negeri.




