Malaysia

PLUS lancar ANPR pertama negara, tol tanpa palang di Lebuhraya Utara–Selatan

PLUS Malaysia Berhad melancarkan sistem Automated Number Plate Recognition (ANPR) pertama di Malaysia menerusi projek rintis tol pembayaran terbuka, membolehkan kenderaan persendirian menggunakan mana-mana lorong tol tanpa terikat kepada lorong pembayaran tertentu.

Pelaksanaan awal melibatkan laluan Lebuhraya Utara–Selatan sepanjang 87.7 kilometer dari Hutan Kampung ke Sungai Dua, merangkumi sembilan plaza tol: Hutan Kampung, Alor Setar Utara, Alor Setar Selatan, Pendang, Gurun, Sungai Petani Utara, Sungai Petani Selatan, Bertam dan Sungai Dua.

Sistem ini menggunakan kamera ANPR berasaskan kecerdasan buatan (AI) untuk mengesan nombor pendaftaran kenderaan dan memproses bayaran tol secara automatik melalui aplikasi JustGO Malaysia.

Sepanjang fasa rintis, palang fizikal masih dikekalkan dan pemandu disaran memandu pada kelajuan 20 hingga 25 km/j tanpa berhenti.

Kaedah bayaran sedia ada seperti Touch ‘n Go, SmartTAG dan RFID kekal diterima, manakala pilihan bayaran tambahan termasuk e-dompet dan perbankan dalam talian akan diperkenalkan secara berperingkat.

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker