Polis bantuan maut selepas patah balik ambil susu anak tertinggal

Seorang anggota polis bantuan maut dalam kemalangan di MRR2 arah Kepong ke Batu Caves malam tadi selepas berpatah balik ke tempat kerja hanya kerana mahu mengambil susu anak yang tertinggal.
Mangsa, Muhammad Amir Mohd Alowi, 28, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah selepas motosikal ditungganginya merempuh bahagian belakang lori yang berhenti di bahu jalan akibat masalah mekanikal.
Isterinya, Nur Mas Idayu Buyung, 28, berkongsi rasa pilu apabila mendapati pakaian suaminya dipenuhi tumpahan susu anak, menyifatkan pemergian itu sebagai seolah-olah “suami tidur dengan tenang.”
Menurut polis, kejadian berlaku sekitar jam 8.20 malam, manakala pemandu lori berusia 39 tahun tidak cedera. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



